Susulan insiden perebutan antara AS dan Britain tentang kontrak kapal selam Australia dari Perancis, hubungan AS dengan rakan sekutunya di Kesatuan Eropah (EU) nampaknya diuji sekali lagi.
Tapi, di sebalik peristiwa ini, apa yang Satria lihat adalah betapa jelasnya sifat tidak sabar oleh pengeluar senjata swasta AS.
Kita sedia maklum yang kerajaan AS berkhidmat untuk pelbagai kumpulan berkepentingan. Dan tentunya antara yang paling berpengaruh adalah si sang pengeluar senjata swasta.
Bagaimanapun, dengan penularan wabak COVID-19 selama kira-kira 2 tahun, dunia ini seperti ditekan kekunci jeda di merata-rata tempat, antaranya termasuk perang.
Ditambah lagi dengan tentera Barat di Afghanistan yang turut pulang ke negara masing-masing bagi memenuhi keperluan agenda politik seterusnya, sudah tentu pengeluar senjata di negara itu berasa tidak puas hati.
Untuk itu, kerajaan Joe Biden perlu mencari kaedah untuk membayar ganti rugi kepada mereka. Apa jalan keluar Biden? Mudah. Perancis yang dahulunya dipanggil negara sekutu, kini menjadi kambing hitam.
Sebelum ini, di pasaran senjata antarabangsa, setiap negara ada peranan masing-masing.
Contohnya, sekiranya AS menjual senjata yang paling canggih dan mahal, yang mendapat kontrak paling besar pula kebanyakannya adalah dari Asia Barat.
Manakala, pelbagai negara sekutunya seperti Perancis juga mampu mendapat kontrak peringkat kedua.
Misalnya menjual kapal selam bukan nuklear kepada Australia berdasarkan kontrak yang telah dulu atau yang lebih jauh sedikit, menjual kapal frigat kepada Taiwan China dengan suruhan AS.
Aktiviti pembahagian pasaran senjata global juga antara sebahagian daripada kepentingan bersama AS dengan negara sekutunya.
AS selalu menjadi penjual senjata terbesar di dunia, manakala Perancis pula mampu menduduki No.3 selepas Rusia hingga tahun 2019.
Bagaimanapun berdasarkan laporan media AS, dengan impak COVID-19, lebih 100 buah syarikat senjata di AS terpaksa mengurangkan pengeluaran secara besar-besaran bahkan ada yang perlu menghentikan pengeluaran.
Pada masa yang sama, banyak negara pula mengurangkan belanjawan ketenteraan secara besar-besaran untuk menghadapi pandemik.
Ini bermakna, urus niaga korporat pengeluar di seluruh dunia akan menghadapi “musim sejuk” berlarutan beberapa tahun akan datang.
Dengan keadaan ini, kerajaan AS memilih merampas kuota pasaran dari negara sekutunya.
Bahkan, yang disediakan kepada Australia bukan kapal selam biasa, tapi kapal selam nuklear yang dulu tak berani diimpikannya. Meskipun Joe Biden sama sekali tidak ingat nama "that fella Down Under”.
Yang membuatkan Perancis lebih “naik darah” adalah rancangan yang dipanggil “AUKUS” ini sebenarnya telah dibincangkan dalam tempoh mesyuarat G7, tapi sama sekali tidak memberitahu Perancis yang turut sama hadir.
Nampaknya, dalam “rakan sekutu” AS pun ada “kasta” berbeza, Britain dan Australia jelas mempunyai “kasta” lebih tinggi berbanding Perancis.
Bagaimana pula dengan reaksi Perancis? Untuk rekod, mereka telah memanggil balik Duta Besar ke AS dan Australia.
Pendirian Perancis turut mendapat sokongan EU dan tanpa berselindung memberitahu kehilangan kepercayaan antara AS dan Kesatuan Eropah bukan hanya berpunca dari peristiwa ini saja.
Sejak angkat sumpah, Joe Biden selalu menyatakan keazaman memulihkan hubungan dengan rakan sekutunya.
Bagaimanapun percubaannya berubah dari NATO kepada G7, QAUD hingga AUKUS, yang jelas kepentingan bersama antara AS dengan negara sekutunya semakin kurang dan negara-negara lain khususnya di Eropah tidak berminat berkhidmat untuk kepentingan AS saja.
Dengan situasi global dan juga tekanan dari dalam negara, kerajaan AS akhirnya memilih negara yang kebudayaan dan perkaumannya sama seperti Britain dan Australia sebagai sekutu yang paling erat.
Tapi risikonya juga dipikul oleh negara-negara Asia Timur.
Senjata nuklear menular ke Pasifik Barat!
Sebagai jiran Australia, New Zealand telah menegaskan pendirian tidak mengizinkan kapal selam nuklear.
Presiden Indonesia Joko Widodo pula membatalkan pertemuan dengan Perdana Menteri Australia Scott Morrison berdasarkan laporan.
Dengan pangkalan kapal selam nuklear di Australia, AS mampu menempatkan dan memelihara kapal selam nuklearnya di Pasifik Barat. Ini tidak mungkin diwujudkan di pangkalan AS di Jepun atau Korea Selatan.
Perlumbaan senjata kali ini bukan sekadar skala kecil, tetapi ia telah menjadi skala “super” besar kerana ia melibatkan nukelar.
Pada masa yang sama, keperluan urus niaga senjata yang mendesak dari AS sedang membawa lebih banyak unsur ketidak stabilan kepada rantau ini.
Joe Biden mengesahkan kontrak jualan senjata pertamanya kepada Taiwan China yang bernilai USD750 juta. Ini melanggar dokumen yang dimeterai oleh China dan AS ketika menjalinkan hubungan diplomatik yang janji mengurangkan jualan senjata kepada AS dan semua senjata tersebut hanya bersifat menahan diri saja.
Dokumen diplomatik yang dimeterai AS macam cakap kosong saja bagi negara itu. Yang kita saksikan adalah jualan senjata kepada Taiwan China semakin meningkat dan canggih.
Media Taiwan mendedahkan bahawa kerajaan tempatan sedang merancang membeli 32 set peluru berpandu anti-kapal “Harpoon” sebelum ini, tapi pihak AS memaksa Taiwan untuk membayar untuk 100 set sekali gus! Harganya pula ada puluhan kali ganda berbanding yang dibelanja oleh tentera AS!
Untuk kepentingan korporat pengeluar senjata dalam negara, AS boleh menjual negara sekutunya seperti Perancis.
Dengan contoh dan fakta yang Satria kongsi, mana-mana pihak lain yang bersedia menjadi “anjing” AS tampaknya perlu berfikir tentang harga diri masing-masing dahulu.