Xi: China Tidak Bina Lagi Projek Janakuasa Elektrik Arang Batu di Luar Negara

2021-09-22 11:29:22  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping komited tidak akan membina lagi projek janakuasa elektrik arang batu di luar negara.

Dalam ucapan menerusi video eksklusif pada sesi perbahasan umum Perhimpunan Agung PBB (UNGA) ke-76 Selasa, Xi menyatakan bahawa China akan berusaha sedaya upaya untuk mewujudkan sasaran puncak pelepasan karbon menjelang tahun 2030 dan neutral karbon menjelang tahun 2060.

Presiden Xi juga berjanji China akan memperkukuh sokongan kepada pembangunan tenaga hijau dan rendah karbon di negara membangun dalam ucapan beliau yang bertajuk "Perkukuh Keyakinan, Bersama Mengharungi Kesukaran, Cipta Masa Depan Cemerlang".

覃淼