Xi Ucap Selamat Hari Lahir Kepada Chen Ning Yang

2021-09-23 15:14:20  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping mengucapkan selamat hari lahir ke-100 kepada ahli fizik terkenal China, Chen Ning Yang pada hari Rabu.

Pegawai  Kementerian Pendidikan mengunjungi Chen Ning Yang di Universiti Tsinghua pada hari  itu, serta menghadiahkan bakul bunga dan menyampaikan salam kepadanya atas nama Presiden Xi.

Chen Ning Yang dilahirkan di Hefei, Provinsi Anhui  pada 22 September, tahun  1922. Pada tahun 1957,  beliau dan Tsung-dao Lee menerima Hadiah Nobel dalam Fizik untuk kerja mereka dalam parity non-conservation in weak interactions. Teori tolok ukur Yang-Mills yang diperkenalkan olehnya adalah salah satu pencapaian fizik terpenting pada abad ke-20. Beliau kembali ke China dan mula bekerja di Universiti Tsinghua pada tahun 2003 dan memberikan sumbangan penting untuk memupuk modal insan dan mempromosikan pertukaran akademik antarabangsa.

胡星