Su Bingtian Raih Emas Pertama Sukan Kebangsaan

2021-09-23 13:59:33  CRI
Share with:

Su Bingtian Raih Emas Pertama Sukan Kebangsaan_fororder_su3

Su Bingtian Raih Emas Pertama Sukan Kebangsaan_fororder_su2

Su Bingtian Raih Emas Pertama Sukan Kebangsaan_fororder_su1

Pelari pecut negara, Su Bingtian bergelar juara Sukan Kebangsaan China ke-14 apabila berjaya merangkul pingat emas pertama dalam acara larian 100 meter lelaki dengan catatan masa 9.95 saat, pada Selasa.

Hasil latihan intensif sejak sekian lama, Su, 32, kini mengecapi populariti dan berada di kemuncak kejayaan dalam karier larian pecut.

Tampil beraksi di saingan separuh akhir di Sukan Olimpik Tokyo, Su bukan sahaja memecahkan rekod Asia dengan masa 9.83 saat, malah juga merupakan pelari pertama warganegara China yang melayakkan diri ke pusingan akhir acara berkenaan.

Beliau menamatkan saingan dalam acara final di pentas Tokyo di kedudukan keenam dengan catatan masa 9.98 saat.

Su turut sentiasa memberikan galakan kepada pelari muda supaya terus memburu kilauan emas di pentas Olimpik pada masa hadapan.

"Walaupun usia sudah melebihi 30 tahun, saya masih mampu mengekalkan prestasi yang baik," ujarnya ketika memberi semangat kepada atlet muda.

董筱娉