G20 Diseru Tambah Bantuan Kemanusiaan Kepada Afghanistan

2021-09-23 15:58:11  CRI
Share with:

Ahli Dewan Negara yang juga Menteri Luar China, Wang Yi berkata, kumpulan 20(G20) selaku wadah penting demi kerjasama ekonomi antarabangsa, perlu memainkan peranan membina dalam menggalakkan pewujudan keamanan, pembangunan dan konsensus di Afghanistan.

Ketika menghadiri mesyuarat menteri luar G20 mengenai isu Afghanistan secara maya hari ini, Wang Yi menyeru masyarakat antarabangsa meningkatkan bantuan kepada negara itu.

Menurut Wang, semua sekatan terhadap Afghanistan mesti dibatalkan. Pelbagai negara perlu memberikan sokongan terhadap jalan pembangunan terpilih rakyat Afghanistan yang sesuasi dengan keadaan negaranya sendiri.

Dalam pada itu, masyarakat antarabangsa perlu membentuk barisan bersatu untuk menentang keganasan. AS dan NATO sepatutnya memikul tanggungjawab utama dalam menyelesaikan masalah pelarian Afghanistan.

China menyokong Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memainkan peranan utama dalam memelihara keamanan. kestabilan dan bantuan kemanusiaan di Afghanistan, selain komited berusaha bersama G20 dan masyarakat antarabangsa demi membantu Afghansitan mencipta masa depan yang cerah.

覃淼