Xi : Perkasakan Pembangunan Desa

2021-09-23 15:15:11  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping menegaskan, pembangunan desa penting kepada kebangkitan nusa dan bangsa negara ini.

Sempena menyambut Pesta Menuai Petani China ke-empat, Presiden Xi dalam ucapan tahniah kepada golongan petani dan pekerja dalam sektor pertanian berkata, sejak tahun ini, rakyat China mengatasi impak negatif pandemik COVID-19 dan bencana alam, berjaya memperoleh hasil tuaian pertanian yang lumayan, sekaligus mewujudkan keharmonian di kawasan desa dan kesejahteraan golongan petani. 

Beliau menegaskan, isu "pertanian, kawasan desa dan petani"  perlu diutamakan untuk mendorong pembangunan desa demi merealisasikan matlamat seratus tahun kedua. Dengan ini,  kerajaan pelbagai peringkat perlu melaksanakan dasar dan panduan kerajaan pusat berkenaan, mempercepat pemodenan pertanian di kawasan desa dan meningkatkan taraf hidup golongan petani. 

胡星