China Berjaya Kurangkan Intensiti Karbon Ekonomi

2021-09-24 15:20:41  CRI
Share with:

Forum Urusan Negara 2021 membuka tirainya di Beijing, pada Khamis bertemakan "Percepat Pembentukan Paradigma Pembangunan Baharu".

Wakil-wakil pertubuhan antarabangsa sepakat mahu memperdalam kerjasama dengan China, selain berharap China dapat memainkan peranan lebih besar dalam tadbir urus global.  

Penyelaras Residen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di China, Siddharth Chatterjee berkata, China telah mengalihkan fokus strateginya kepada pembangunan mampan desa.

Menurutnya, ia bertujuan untuk menyelesaikan ketidakseimbangan atau kesenjangan pembangunan masyarakat selaras dengan matlamat PBB.

"PBB telah memulakan kerjasama pusingan baharu dengan China merangkumi pertanian hijau dan pembangunan desa termasuk perindustrian, perlindungan ekologi, digitalisasi dan kapasiti pengeluaran pertanian," katanya.

Sementara itu, Pengarah Negara Bank Dunia (WB), Martin Raiser menyatakan, kerjasama antara WB dengan China sudah dijalin selama 40 tahun dan keutamaannya kini adalah untuk menyokong transformasi ekonomi China ke arah hijau dan karbon rendah.

"China berjaya mengurangkan intensiti karbon ekonomi dalam tempoh sedekad lalu menerusi peluasan penggunaan tenaga boleh baharu serta penambahbaikan kecekapannya dalam sektor perindustrian," kata beliau.

梁靓