China Komited Tingkatkan Perpaduan dengan Vietnam

2021-09-24 15:14:07  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping komited berusaha bersama dengan Vietnam untuk menjaga kepentingan bersama parti, negara dan rakyat kedua-dua pihak serta memberikan sumbangan demi keamanan dan pembangunan dunia.

Dalam perbualan telefon dengan Setiausaha Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam, Nguyen Phu Trong pada hari ini, Presiden Xi menyatakan bahawa China dan Vietnam antara negara jiran baik dan komuniti berkongsi nasib dan strategik serta mempunyai banyak kepentingan dan keprihatinan bersama .

Nguyen Phu Trong pula menyatakan bahawa Vietnam dan China mengekalkan hubungan yang baik antara parti dan pemimpin peringkat tinggi, kerjasama kedua-dua negara dalam bidang ekonomi dan perdagangan berkembang dengan pesat. Pihaknya mengutamakan hubungan berkongsi strategik komprehensif dengan China dan menzahirkan terima kasih atas sokongan dan bantuan China dalam usaha melawan pandemik COVID-19 dan pemulihan operasi sosiekonomi di negaranya.

覃淼