China Keluarkan Senarai Campur Tangan AS Terhadap Urusan HK

2021-09-24 14:58:28  CRI
Share with:

Kementerian Luar China hari ini mengeluarkan senarai berhubung campur tangan AS dalam urusan Hong Kong(HK) dan tindakan menyokong kuasa anti China.

Jurucakap Jabatan Kementerian Luar China ke HK menyifatkan senarai ini sebagai tindakan balas China terhadap "ancaman perniagaan HK" yang dikeluarkan oleh AS baru-baru ini serta sekatannya terhadap pegawai badan kerajaan pusat ke HK.

Senarai ini bukan sahaja membuktikan campur tangan AS terhadap urusan HK dan China, dan tindakannya yang melanggar norma asas hubungan antarabangsa dan merosakkan ketenteraman dan kemakmuran di HK, tetapi juga memberikan amaran kepada semua kuasa yang berniat campur tangan dalam urusan HK dan kuasa anti China.

Senarai itu memperlihatkan hasrat dan kemampuan China dalam menjamin kedaulatan negara, keselamatan dan kepentingan pembangunan, serta memelihara ketenteraman dan kemakmuran di HK.

覃淼