China Capai Kemajuan dalam Sintesis Kanji dari CO2

2021-09-24 12:40:29  CRI
Share with:

China Capai Kemajuan dalam Sintesis Kanji dari CO2_fororder_1470140534

Saintis dari Institut Bioteknologi Perindustrian Tianjin (TIB), Akademi Sains China (CAS) berjaya mencapai kemajuan dalam bidang sintesis kanji dari karbon dioksida(CO2).

Menurut majalah berkala antarabangsa Science hari ini, ini merupakan kali pertama sintesis kanji dari CO2 dijayakan dalam makmal di dunia dan akan meletakkan asas saintifik baharu untuk pembentukan sistem biologi berfungsi baharu.

Kanji adalah komponen utama bijirin serta bahan mentah industri yang penting.

Menurut Naib Presiden Akademi Sains China, Zhou Qi, pelbagai negara sedang menghadapi cabaran yang melibatkan perubahan iklim global, keselamatan bahan makanan, kekurangan sumber tenaga, dan pencemaran persekitaran. Inovesi sains teknologi menjadi faktor penting demi menyusun semula paradigma global dan mencipta masa depan cerah untuk umat manusia. Sintesis kanji dari CO2 antara salah satu isu saintifik dan teknologi utama untuk menangani cabaran tersebut.

覃淼