Projek Laluan Kapal Muatan 250 Ribu Tan Lulus Ujian

2021-09-25 15:39:06  CRI
Share with:

Projek Laluan Kapal Muatan 250 Ribu Tan Lulus Ujian_fororder_pelabuhan

Baru-baru ini, projek laluan kapal dengan kapasiti muatan 250 ribu tan Kawasan Jingtang di Pelabuhan Tangshan, iaitu laluan kapal pertama yang seumpama di Provinsi Hebei telah lulus dalam ujian.

Ini menandakan kapasiti pelabuhan Kawasan Pelabuhan Jingtang melonjak ke tahap baharu, yang menjadi pelabuhan pesisir pantai  kedua terbesar di dunia dengan jumlah pemunggahan dan pemuatan tahunan melebihi 700 juta tan.

Difahamkan, pembinaan projek itu dimulakan pada Disember, tahun 2017 dengan menelan belanja RMB1.69 bilion yuan(RM 1.06 bilion).

Selepas projek itu selesai dibina,  laluan itu dapat memenuhi keperluan pelayaran sehala kapal kargo, di samping meningkatkan keselamatan pengangkutan dan pelayaran kapal di kawasan pelabuhan.

Dalam perkembangan lain, projek tersebut merupakan kejayaan besar dalam bidang teknologi pembinaan pelabuhan di negara ini .

胡星