Pembangunan Demografi Seimbang dan Sihat di Xinjiang

2021-09-26 15:02:09  CRI
Share with:

Pembangunan Demografi Seimbang dan Sihat di Xinjiang_fororder_704131155

Menurut kertas putih yang dilancarkan Jabatan Penerangan Dewan Negara China hari ini, sosioekonomi berkembang secara menyeluruh di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang pada masa ini. Selain itu, masyarakat stabil, penduduk pelbagai etnik hidup bahagian dan tenteram, pembangunan demografi seimbang dan sihat di wilayah itu.

Kertas putih mengenai pembangunan demografi di wilayah Xinjiang itu menunjukkan, sebelum tertubuhnya Republik Rakyat China (PRC), pembangunan sosioekonomi di Xinjiang amat ketinggalan zaman, populasinya kecil, kualiti penduduk rendah dan jangka hayat pula pendek. Setelah tertubuhnya PRC, populasi di Xinjiang khususnya jumlah penduduk etnik minoriti bertambah dengan pesat, kualiti penduduk meningkatkan secara berterusan dan jangka hayat pula ditingkatkan secara besar-besaran.

Seiring dengan pewujudan perindustrian, urbanisasi dan pemodennan, pembangunan demografi di Xinjiang mengalami perubahan daripada kadar kelahiran dan kematian tinggi tetapi jumlah pertambahannya rendah pada masa lalu kepada kadar kelahiran, kematian dan jumlah pertambahan sama-sama rendah pada masa sekarang. Ini akibat pembangunan sosioekonomi, pelaksanaan dasar dan undang-undang berkenaan serta perubahan konsep mengenai perkahwinan dan melahirkan anak. Keadaan ini mematuhi hukum pembangunan demografi dunia.

Menurut kertas putih itu lagi, jumlah penduduk etnik minoriti dijangka bertambah dengan stabil pada masa akan datang berikutan kestabilan masyarakat di wilayah itu. Kualiti penduduk juga akan meningkat secara berterusan dan mobiliti populasi( maksudnya, perpindahan penduduk dari satu tempat ke tempat lainnya) kain rancak.

"Kuasa anti-China menyebarkan pembohongan tentang "genosid" di Xinjiang untuk menipu masyarakat antarabangsa, mengelirukan pandangan umum antarabangsa, dan menghalang pembangunan dan kemajuan China. Konspirasi jahat ini pasti akan mengalami kegagalan, "menurut kertas putih itu.

覃淼