China Menyumbang 1.25b Dos Vaksin kepada Dunia

2021-09-26 15:16:34  CRI
Share with:

China telah menyumbang 1.25 bilion dos vaksin COVID-19 kepada dunia.

Demikian ujar ahli Dewan Negara yang juga Kementerian Luar China, Wang Yi ketika menyampaikan ucaptama scara maya pada majlis perasmian Forum Pembangunan Berterusan 2021 hari ini.

Wang menyatakan bahawa China selaku negara membangun terbesar sentiasa memperkukuh kerjasama Selatan-Selatan dan telah menghulurkan bantuan kepada lebih 160 buah negara membangun.

Dalam pada itu, China komited memberikan dua bilion dos vaksin kepada negara lain, menghulur bantuan 100 juta dos vaksin secara percuma kepada negara-negara membangun, selain menyumbang USD 100 juta kepada Kemudahan Akses Global Vaksin COVID-19 (COVAX) pada tahun ini.

覃淼