Xi: Manfaatkan Tamadun Digital Bagi Kesejahteraan Rakyat Pelbagai Negara

2021-09-26 14:18:27  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping  berkata, China komited berusaha bersama dengan masyarakat antarabangsa memikul tanggungjawab sejarah untuk memajukan kesejahteraan manusia.

Dalam perutusan tahniah kepada Sidang Kemuncak Persidangan Internet Dunia (WIC) 2021 yang dirasmikan di Wuzhen, provinsi Zhejiang China hari ini, Presiden Xi berjanji akan bekerjasama dengan pelbagai negara untuk merangsang kedinamikan ekonomi digital, meningkatkan kecekapan kerajaan digital, mengoptimumkan persekitaran sosial digital, membentuk pola kerjasama digital, dan membina perintang keselamatan digital agar tamadun digital memberikan manfaat kepada kesejahteraan rakyat pelbagai negara, sekali gus mendorong pembinaan Komuniti Berkongsi Nasib Sesama Insan.

Menurut Xi, teknologi digital sedang diterima pakai dalam semua bidang dan proses  yang melibatkan ekonomi, politik,  kebudayaan,sosial dan pembangunan tamadun ekologi dengan  konsep, format dan model yang baharu. Keadaan ini memberi kesan yang meluas dan mendalam kepada pengeluaran dan kehidupan manusia.

"Dunia sedang mengalami perubahan yang belum pernah berlaku dan impak penularan pandemik COVID-19. Dengan ini, kerjasama masyarakat antarabangsa diperlukan untuk mengikuti arus perkembangan informatisasi, pendigitalan, perangkaian  dan kecerdasan, selain  merebut peluang dan mengharungi cabaran." kata Xi.

Sidang kemuncak kali ini bertema “Melangkah Ke Era Baharu Tamadun Digital --Membina Bersama Komuniti Berkongsi Nasib Siber".  

覃淼