Ramai Warganet China Tonton Liputan Langsung Meng Wanzhou Pulang Ke Tanah Air

2021-09-26 16:40:50  CRI
Share with:

Meng Wanzhou pulang ke tanah air mencerminkan lagi konsep tadbir urus negara Parti Komunis China(PKC), iaitu “rakyat diutamakan”. Pimpinan parti yang baik merupakan sokongan kuat kepada 1.4 bilion rakyat di negara ini. 

Demikian dinyatakan oleh Presiden Kumpulan Media China (CMG), Shen Haixiong dalam majlis pelancaran Tabung Pelaburan Industri Pelbagai Media yang diadakan di Shanghai pagi tadi.

Difahamkan, liputan langsung Kumpulan Media China(CMG) berhubung puan Meng Wanzhou pulang ke China mendapat respons hangat warganet China. Jumlah   "like" melalui pelbagai platform media baharu CMG mencatat 400 juta, melebihi jumlah populasi bersama Amerika Syarikat dan Kanada.

胡星