Bilangan Penduduk Xinjiang Kekal Naik

2021-09-27 11:30:33  CRI
Share with:

Kadar pertumbuhan penduduk Xinjiang mencatat 1.15 mata peratusan (ppts) lebih tinggi berbanding paras purata negara bagi tempoh 2000 hingga 2020, menurut kertas putih disiarkan Dewan Negara China pada Ahad.

Kertas putih itu berbunyi, banci kebangsaan ketujuh merekodkan, jumlah keseluruhan penduduk Xinjiang seramai 25.85 juta, antaranya populasi Han seramai 10.92 juta dan bilangan etnik minoriti 14.93 juta.

Dalam pada itu, penduduk etnik Uygur dianggarkan 8.34 juta pada 2000 dan dicatatkan 1.67 peratus pertumbuhan kepada 11.62 juta pada 2020.

董筱娉