COP15 Sasar Muktamad Kerangka Biodiversiti Global Pasca 2020

2021-09-27 12:40:37  CRI
Share with:

Mesyuarat ke-15 Persidangan Pihak-Pihak (COP15) Konvensyen Diversiti Biologi (CBD) akan dirasmikan di Kunming, provinsi Yunnan pada 11 Oktober.

Sesi itu menumpukan kepada perbincangan mengenai matlamat biodiversiti 2030, dan menyasarkan untuk memuktamadkan kerangka biodiversiti global pasca 2020 yang seimbang, mantap dan boleh laksana.

Demikian diumumkan Menteri Ekologi dan Alam Sekitar China, Huang Runqiu dalam satu aktiviti promosi COP15 di Beijing pada Ahad.

Menurutnya, aktiviti tersebut bertujuan mempertingkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan tamadun ekologi, menggalakkan penyertaan pelbagai lapisan masyarakat dalam perlindungan biodiversiti, sekali gus menyumbang kepada usaha membina komuniti berkongsi nasib membabitkan manusia dan alam.

梁靓