Cubaan Kekang Negara Membangun Pasti Gagal:Wang Yi

2021-09-27 12:24:29  CRI
Share with:

Sebarang cubaan untuk mengekang negara membangun dalam apa jua bentuk atau dengan apa cara sekalipun pasti gagal, kata Ahli Dewan Negara China merangkap Menteri Luar, Wang Yi.

Sepanjang perbualan bersama rakan sejawatnya dari Niger, Hassoumi Massaoudou sempena perbahasan umum sesi ke-76 Perhimpunan Agung PBB (UNGA) pada Ahad, Wang berkata, setiap negara berhak mencapai pembangunannya melalui usaha keras sendiri, manakala kebangkitan negara membangun secara kolektif memaparkan ciri-ciri zaman kontemporari dan juga petanda penting kemajuan masyarakat umat manusia.

Beliau menyatakan pembangunan merupakan kunci untuk merungkai semua masalah, sambil menunjukkan kesediaan China untuk berkongsi pengalaman tadbir urus negara dengan negara membangun lain termasuk Niger.

Selain itu, Wang juga berharap dua negara itu bergerak sehala dalam menjunjung rukun asas perhubungan antarabangsa dan mempertahankan hak pembangunan sah negara berkenaan.

董筱娉