Jumpa Lagi, Sukan Kebangsaan!

2021-09-28 13:46:28  CRI
Share with:

Jumpa Lagi, Sukan Kebangsaan!_fororder_bm

Sukan Kebangsaan China Ke-14 melabuhkan tirainya di Xi'an, provinsi Shaanxi semalam.

Pada majlis penutupan temasya itu, Gabenor Provinsi Guangdong, Ma Xingrui, Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, Carrie Lam Cheng Yuet-ngor, dan Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Macau, Ho lat Seng turut mengambil bendera sukan kebangsaan daripada Ketua Pengarah Jabatan Pentadbiran Am Sukan Kebangsaan, Gou Zhongwen.

Dimaklumkan, edisi yang seterusnya akan dianjurkan secara bersama oleh Guangdong, Hong Kong dan Macau pada tahun 2025.

Untuk rekod, temasya sukan yang dirasmikan di Xi'an pada 15 September telah menganjurkan sebanyak 595 acara dengan 35 kategori pertandingan serta 19 aktiviti masyarakat yang berjaya menarik penyertaan 12,000 atlet profesional dan lebih 10,000 orang atlet amatur.

高蕾