Jamin Hak Asasi, Tegakkan Keadilan

2021-09-28 13:18:16  CRI
Share with:

Amerika Syarikat (AS), Kanada dan Australia digesa mengambil tindakan praktikal bagi membaiki keadaan hak asasi golongan bumiputera di negara masing-masing.

Menteri misi China ke Geneva, Jiang Duan berkata, masih wujudnya undang-undang serta dasar diskriminatif menyasar golongan bumiputera di ketiga-tiga negara tersebut.

Mereka dilayan secara tidak sama rata apabila terlibat dalam bidang politik, perubatan, pendidikan dan pekerjaan. Keadaan itu bertambah buruk tatkala wabak COVID-19 membadai.

Sempena sesi ke-48 Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) pada Isnin, China, Belarus, Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) dan Venezuela menganjurkan satu sidang sampingan maya mengenai keadaan hak asasi bumiputera di AS, Kanada dan Australia.

Peserta sidang itu turut menyeru masyarakat antarabangsa membongkar rekod hitam negara berkenaan, serta menuntut pampasan diberikan kepada golongan bumiputera demi menegakkan keadilan.

董筱娉