Penyambung Terminal 5G di China Melebihi 400 Juta

2021-09-28 13:33:50  CRI
Share with:

Penyambung Terminal 5G di China Melebihi 400 Juta_fororder_960776608

Ekspo Maklumat dan Telekomunikasi Antarabangsa China Tahun 2021 membuka tirainya di Beijing pada Isnin.

Bertemakan "Inovasi Menerangi Masa Depan Pendigitalan", eskpo tersebut mempamerkan teknologi baharu dan penggunaannya dalam bidang maklumat dan telekomunikasi.

Bidang yang sering mendapat perhatian, 5G, khusus disediakan ruang pameran penggunaan inovatif dan menyaksikan penyertaan pelbagai syarikat besar untuk memberi peluang kepada peserta bagi menghayati pembaharuan dibawa oleh 5G kepada pelbagai bidang. 

Naib Menteri Industri dan Maklumat China, Xin Guobin dalam ucapan perasmiannya menyatakan bahawa teknologi maklumat dan telekomunikasi dengan ekonomi sebenar China telah disepadukan secara mendalam manakala transformasi industri ke arah digital sedang dirangsang dengan cepat.

Difahamkan, China sudah melengkapkan rangkaian gentian optik dan 4G yang paling besar di dunia, selain penggunaan komersial rangkaian 5G turut menyaksikan perkembangan pesat.

Setakat bulan Ogos lalu, setesen pangkalan 5G yang dibina telah melebihi 1 juta, atau 70 peratus daripada jumlah keseluruhan dunia.

Pada masa masa, jumlah penyambung terminal 5G pula melebihi 400 juta, manakala lebih 99 peratus kampung di seluruh China mempunyai akses rangkaian jalur lebar, sekali gus menyumbang kepada pencapaian China dalam usaha pembasmian kemiskinan.

曹捷