Keadilan Tersemat di Jiwa:Hua Chunying

2021-09-28 12:28:44  CRI
Share with:

Rakyat China tidak akan membenarkan sebarang cubaan dilakukan untuk mempolitikkan isu hak asasi manusia secara dwistandard dan mencemari hak asasi negara lain, menurut Kementerian Luar.

Jurucakapnya, Hua Chunying bercakap kepada media pada Isnin, sebagai reaksi terhadap kenyataan bersama dibuat lebih 60 negara yang lantang menyokong pendirian Beijing dalam isu-isu berkaitan Xinjiang, Hong Kong dan Tibet.

Terdahulu, Pakistan yang mewakili 65 negara pada sesi ke-48 Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC), menegaskan bahawa urusan dalaman negara China tidak boleh dicampuri atas nama hak asasi.

Hua turut menyifatkan sokongan padu daripada kesemua negara tersebut memperlihatkan keadilan sediakala tersemat dalam nurani manusia.

董筱娉