Wang Yi Bincang dengan Ketua Setiausaha PBB, NATO

2021-09-28 17:11:59  CRI
Share with:

China komited untuk terus menyumbang kepada kedamaian dan pembangunan umat manusia.

Demikian ujar ahli Dewan Negara China merangkap Menteri Luar, Wang Yi ketika berlangsungnya pertemuan maya dengan Ketua Setiausaha Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres pada Isnin.

Wang setuju dengan desakan Guterres supaya masyarakat antarabangsa tidak boleh berpecah-belah lagi dan dunia tidak boleh terjebak ke dalam kancah perang dingin yang baharu.

Beliau turut mengalu-alukan semua pihak aktif melibatkan diri dalam Inisiatif Pembangunan Global saranan Presiden Xi Jinping sempena sesi perbahasan umum Perhimpunan Agung (UNGA), sehingga mencapai konsensus dan bertindak bersama.

Dalam pada itu, Guterres menyuarakan kesediaan pihaknya untuk meningkatkan koordinasi dan kolaborasi dengan China demi mendukung amalan multilateralisme dan menangani pelbagai cabaran global antaranya rejuvenasi negara membangun pascawabak dan isu perubahan iklim.

Pada masa sama, Wang juga bertemu secara maya dengan Ketua Setiausaha Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Jens Stoltenberg.

Wang berpendapat, kumpulan ketenteraan baharu tidak perlu didirikan di rantau Asia Pasifik, dan konfrontasi tidak sepatutnya tercetus antara kuasa besar, malahan juga wujudnya gerombol yang mencanangkan mentaliti perang dingin yang baharu.

Stoltenberg membalas dengan mengatakan NATO tidak melihat China sebagai lawan, dan bersedia mengekalkan hubungan konstruktif dengan China berdasarkan prinsip saling menghormati.

董筱娉