China Tekad Lindungi Kepentingan Warga dan Syarikat Sendiri

2021-09-28 11:32:41  CRI
Share with:

Kerajaan China memasang tekad kuat serta berkeupayaan tinggi bagi melindungi kepentingan warga dan syarikat sendiri.

Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar, Hua Chunying dalam sidang media semalam, ketika mengulas kepulangan Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Huawei, Meng Wanzhou ke tanah air pada Sabtu lalu.

Hua turut menyifatkan peristiwa melibatkan Meng sebagai komplot dan penindasan politik bertujuan mengekang syarikat teknologi tinggi China seperti Huawei.

Difahamkan, berita tentang Meng kembali ke pangkuan tanah air menjadi tumpuan masyarakat China. Laporan berkenaan dalam platform media baharu Kumpulan Media China (CMG) telah memperoleh lebih 400 juta "like" daripada warganet.

张哲