China, Penyumbang Pembangunan Dunia

2021-09-28 12:54:16  CRI
Share with:

Tahun ini merupakan ulang tahun ke-50 pemulihan kerusi keanggotaan sah Republik Rakyat China di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Ahli Dewan Negara China merangkap Menteri Luar, Wang Yi menyatakan sepanjang 50 tahun lalu, China melaksanakan Piagam PBB melalui tindakan praktikal dan teguh mempertahankan kepentingan sah negara-negara membangun.

"China menjadi pembina keamanan dunia, penyumbang pembangunan sejagat, penjaga orde antarabangsa, dan penawar produk awam demi kebaikan semua," katanya pada satu webinar mengenai peranan China di PBB, Isnin.

Beliau menegaskan, China akan terus mendorong pembangunan global yang kukuh, hijau dan sihat dengan berpegang kepada konsep pembangunan baharu.

China konsisten dengan pendirian perbezaan pendapat dirapatkan menerusi dialog, manakala pertelingkahan dirungkai melalui rundingan.

Selain terus menggalakkan pembentukan hubungan antarabangsa model baharu, China akan teguh mengamalkan multilateralisme dan menyumbang kepada pembaharuan tadbir urus global.

董筱娉