HK: Kestabilan Masyarakat dan Persekitaran Perniagaan Pulih

2021-09-28 12:13:54  CRI
Share with:

Pelaksanaan Undang-Undang Keselamatan Negara Melibatkan Hong Kong (HK) serta kelebihan sistem "satu negara, dua sistem" dilihat berjaya memulihkan kestabilan masyarakat dan persekitaran perniagaan di wilayah pentabiran khas itu.

Menurut Laporan Persekitaran Perniagaan HK yang dilancarkan pada Isnin, ia sekali gus dapat menyediakan suasana lebih baik untuk wilayah itu khususnya pemulihan pasca pandemik.

Memetik laporan tersebut lagi, kerajaan pusat pula telah menyempurnakan sistem pemilihan HK dan menyediakan asas kukuh terhadap kestabilan jangka panjang HK serta pembangunannya.

Jelas laporan itu, perubahan yang sedemikian membolehkan HK untuk mempertahankan persekitaran perniagaan yang selamat dan dinamik, selain mengoptimumkan kelebihan persaingan serta mendorong pembangunan ekonomi secara berterusan.

Dalam perkembangan lain, statistik yang terdapat di dalam laporan itu memberi indikator bahawa ketenteraman awam turut berjaya dipulihkan.

Untuk rekod, pada separuh pertama tahun 2021, jumlah kes jenayah menyusut 10 peratus berbanding separuh kedua tahun 2019.

Tambahan lagi, ekonomi setempat juga menunjukkan lantunan sebanyak 7.8 peratus, manakala kadar pengangguran menurun daripada 7.2 peratus kepada 4.7 peratus.

Di pasaran kewangan pula, momentum baik jelas kelihatan apabila nilai tawaran awam awal (IPO) pada Julai 2020 hingga Jun 2021 meningkat lebih 50 perauts.

Menurut jurucakap Pejabat Hal Ehwal HK dan Macau Dewan Negara China, laporan yang dilancarkan kerajaan Hong Kong itu telah mempamerkan prospek cemerlang wilayah terbabit setelah mewujudkan pentadbiran daripada pergolakan.

Beliau berkata, ia secara tidak langsung dapat membantu masyarakat antarabangsa mengetahui keadaan sebenar dan memperkukuh keyakinan terhadap wilayah tersebut.

高蕾