"The Song of New China", Penghormatan kepada Lagu Kebangsaan China

2021-09-29 11:05:41  CRI
Share with:

Sebuah dokumentari animasi berdurasi pendek, "The Song of New China" yang dihasilkan oleh gadis dari Turkmenistan, Kristina Grigoryan sedang menjadi buah mulut oleh segenap lapisan penduduk di negara Tembok Besar.

Karya yang merupakan tanda hormat kepada Lagu Kebangsaan China tersebut menceritakan sejarah di sebalik lagu kebangsaan China serta kisah sebelum dan selepas kelahiran  "The March of the Volunteers".

Difahamkan, Kristina mendapat ilham tentang pembikinan karya tersebut ketika mengikuti program pertukaran kebudayaan "Looking China Youth Film Project" tahun 2021 di Shanghai anjuran bersama Institusi Komunikasi Antarabangsa Budaya China di bawah Beijing Normal University dan Yayasan Budaya Huilin dengan kerjasama oleh Sekolah Filem Vancouver Shanghai serta Sekolah Kewartawanan dan Komunikasi Universiti Shanghai.

Pada program tersebut juga, lapan pengarah muda dari Republik Korea, Mexico, Ukraine, Afrika Selatan, Britain, Turkmenistan, Tajikistan dan Botswana dengan bantuan sukarelawan China telah menghasilkan lapan buah filem dokumentari pendek yang bertemakan “keluarga, kampung halaman dan negara” dalam tempoh 17 hari.

Dalam proses penghasilan karya tersebut, para pemuda asing bersama pemuda China sama-sama mengambil peluang untuk menghayati budaya China.

Ia bukan sahaja berjaya menggambarkan ekologi budaya yang berwarna-warni China pada zaman ini, malah juga telah memperlihatkan perasaan yang menyentuh antara rakyat dengan negara dalam dokumentari tersebut.

曹捷