Matlamat Pelan Tindakan Hak Asasi China Tercapai

2021-09-29 16:43:01  CRI
Share with:

Pelan tindakan hak asasi manusia China bagi tempoh 2016 hingga 2020 telah dilaksanakan sepenuhnya, dengan kesemua 186 matlamat dan misi yang disasar berjaya disempurnakan.

Rumusan itu dibuat dalam laporan penilaian terhadap pelaksanaan pelan tindakan tersebut yang disiarkan hari ini.

Menurut laporan itu, dengan memberikan tumpuan kepada hak dan kepentingan rakyat, kerajaan China berusaha bertungkus-lumus bagi menambah baik kehidupan rakyat, dan menjamin kepentingan golongan yang miskin dan lemah.

Rakyat China menikmati hak yang terjamin dengan lebih baik dari segi ekonomi, sosial, kebudayaan dan politik.

Di samping itu, pelbagai inisiatif dilaksanakan dengan menyeluruh bagi menjamin hak dan kepentingan golongan etnik minoriti, kaum wanita dan kanak-kanak, warga emas dan orang kelainan upaya (OKU).

Laporan itu juga berbunyi, tahap penjaminan hak asasi manusia China meningkat dengan ketara susulan negara ini berjaya membasmi kemiskinan mutlak dan mewujudkan masyarakat makmur sederhana.

张哲