Belia 12 Negara Kongsi Pengalaman Kerjasama Antarabangsa

2021-09-29 11:55:20  CRI
Share with:

Lebih 140 wakil dari 12 buah negara dan rantau menyertai Forum Keusahawanan, Inovasi, Kepimpinan Belia Asia Pasifik 2021 yang diadakan secara hibrid di sini, pada Selasa.

Pada forum tersebut, wakil dari China, Malaysia, Indonesia, Nepal dan Bangladesh masing-masing berkongsi pengalaman untuk memulakan perusahaan dalam bidang kerjasama vaksin antarabangsa, pemeliharaan alam sekitar, kebajikan sosial, pembangkitan luar bandar dan inovasi teknologi, serta prospek kerjasama seterusnya.

Dalam sesi dialog bersama peserta tetamu, empat orang wakil China turut membincangkan tentang model pembangunan mampan selain memberi saranan terhadap perkembangan belia.

Sebagai salah satu aktiviti bagi memperingati ulang tahun ke-50 keanggotaan Republik Rakyat China pada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), forum terbabit bertujuan untuk menggalakkan belia serantau mempraktik amalan multilateralisme, membantu pembangunan global, menangani cabaran bersama, serta menyumbang kepada pembentukan komuniti berkongsi nasib Asia Pasifik dan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Dimaklumkan, forum tersebut dianjurkan bersama oleh Persekutuan Belia Seluruh China (ACYF) dan Program Pembangunan Bangsa-bangsa Bersatu (UNDP).

高蕾