Wakil China Seru Pengagihan Vaksin Secara Adil

2021-09-29 13:02:00  CRI
Share with:

Wakil tetap China ke PBB, Chen Xu mewakili lebih 30 buah negara membangun termasuk Rusia, Indonesia, Pakistan, Mesir, Mexico dan Afrika Selatan menyeru agar pengagihan vaksin dilaksanakan secara adil di seluruh dunia.

Dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan pada Selasa semasa simposium wabak COVID-19 sempena Sidang ke-48 Majlis Hak Asasi Manusia PBB, beliau menzahirkan kembimbangan terhadap penularan wabak tersebut dan keadaan virus yang bermutasi.

Jelas Chen, keadaan tersebut yang sedang mengancam nyawa rakyat secara serius terutamanya di negara membangun juga akan mempengaruhi pembangunan sosiaekonomi.

Beliau berkata, vaksin yang merupakan mekanisme berkesan dalam mengatasi wabak dan sepatutnya dijadikan produk awam sejagat itu berhadapan dengan isu kesenjangan dalam pengagihannya di peringkat global.

"Kami menyokong seruan PBB mengenai pengagihan vaksin secara saksama, menggesa setiap negara mengutamakan hak nyawa dan kesihatan rakyat, bukannya isu yang lain seperti kepentingan ekonomi dan pertimbangan politik, dan tidak melaksanakan amalan 'nasionalisme vaksin'", ujar Chen dalam ucapannya.

Menurutnya, mengambil semangat kerjasama dan solidariti, masyarakat antarabangsa sewajarnya  melaksanakan amalan multilateralisme termasuk dengan menambah bantuan kepada negara membangun agar vaksin dan produk kesihatan lain mudah dan mampu diperolehi negara membangun terutamanya negara yang paling ketinggalan.

Memetik ucapan tersebut lagi, negara anggota PBB dan pihak-pihak yang terbabit diseru untuk meningkatkan pengeluaran vaksin di samping membantu negara membangun meningkatkan kapasiti pengeluaran vaksin melalui pengeksportan, derma, penyelidikan bersama, pengeluaran berdaftar serta pemindahan teknologi.

曹捷