Kem Interaksi Mahasiswa Tempatan dan Asing di Beijing

2021-09-29 10:57:49  CRI
Share with:

Aktiviti kem interaksi "Minggu Latihan Amal Mahasiswa China dan Asing" berlangsung di Beijing baru-baru ini, disertai lebih 100 pelajar dari 39 buah negara.

Dalam sesi mendeklamasikan sajak dan menyanyikan lagu beramai-ramai, para mahasiswa menzahirkan aspirasi bersama untuk memelihara kedamaian dunia dan mempertingkat persahabatan antara satu sama lain.

Sejak dirasmikan pada bulan Julai, aktiviti itu memberikan peluang kepada lebih 500 mahasiswa dari 70 negara untuk mengikuti latihan sosial di kawasan luar bandar, komuniti dan perusahaan, sekali gus membolehkan mereka menyaksikan sendiri perkembangan masyarakat tempatan dari pelbagai segi.

张哲