Xi Bakal Hadir Majlis Peringati Hari Pahlawan

2021-09-29 11:22:13  CRI
Share with:

Presiden Xi Jinping akan menghadiri majlis peletakan jambangan bunga di depan Tugu Peringatan Pahlawan Rakyat di Lapangan Tian'anmen, Beijing, esok.

Turut hadir pada majlis itu adalah pemimpin parti dan negara serta wakil dari pelbagai lapisan masyarakat, untuk memperingati Hari Pahlawan China pada 30 September.

Kumpulan Media China (CMG) bakal membuat liputan mengenai aktiviti itu secara siaran langsung.

董筱娉