AUKUS Undang Tiga Risiko Utama: Wang Yi

2021-09-29 12:32:31  CRI
Share with:

Beijing menyatakan kebimbangan terhadap pembentukan kerjasama melibatkan Amerika Syarikat, Britain dan Australia (AUKUS) yang bertujuan membantu Australia memperoleh kapal selam berkuasa nuklear baharu.

Ahli Dewan Negara China merangkap Menteri Luar, Wang Yi semasa berlangsungnya Dialog Strategik Peringkat Tinggi China-Kesatuan Eropah (EU) ke-11 pada Selasa, berkata kerjasama pakatan itu bakal menyebabkan timbulnya tiga risiko utama yang mengancam kestabilan rantau Asia Pasifik serta orde antarabangsa.

“Antara risiko utama adalah kebangkitan semula mentaliti Perang Dingin, perlumbaan senjata dan bertambahnya senjata nuklear,” ujarnya.

Tambah beliau, nyata sekali bahawa siapa yang mencetuskan provokasi dan konfrontasi hingga mencemari keamanan, dan siapa yang menggerakkan integrasi rantau demi pembangunan secara damai.

董筱娉