Olimpik Musim Sejuk 2022 Tawar Tiket kepada Penonton Domestik

2021-09-30 10:33:41  CRI
Share with:

Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk 2022 yang bakal berlangsung di Beijing tidak akan menawarkan tiket kepada penonton dari seberang laut bagi mencegah risiko penularan wabak COVID-19.

Difahamkan, tiket temasya sukan itu hanya akan dijual kepada penonton domestik yang memenuhi piawaian bagi pembendungan wabak.

Keputusan itu dibuat selepas Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing mengadakan perbincangan dengan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) baru-baru ini.

张哲