Guru Sukarelawan Bahasa Mandarin—Lu Peng

2021-09-30 16:35:53  CRI
Share with:

Puan Lu Peng, guru sukarelawan dari Xingtai, provinsi Hebei, China yang bertugas mengajar bahasa Mandarin sebagai bahasa asing (teaching Chinese as a foreign language--TCFL). Menurutnya, beliau seorang antara yang suka menjadi guru.

Lu, yang mempunyai impian "dunia begitu besar, saya ingin melihatnya", mendaftarkan permohonan untuk menjadi sukarelawan di Sumantera Utara, Indonesia. Beliau sebagai siswazah TCFL, pernah belajar kaligrafi selama beberapa tahun dan juga boleh bermain sedikit sebanyak Wushu (silat tradisional Cina). Kesemuanya ini menjadikan permohonan Lu dilulus dengan cepat. Kemudian, Lu turut bertolak ke Indonesia menurut jadualnya, walaupun terpaksa berpisah dengan anaknya yang hanya berumur setahun sahaja pada masa itu.

Pada malam pertama setelah tiba di Indonesia, beliau yang masih segan makan di luar memutuskan membeli makanan segera dan bawa pulang. Ketika tengok ke sana ke sini untuk mencari kedai “7-11” atau “Family Mart”untuk membeli mi segera, beliau mendapati ada seorang gadis Muslim yang bertudung putih yang berumur kira-kira 14 hingga 15 tahun mengikutnya di belakang.

“Can I help you Mam?”gadis itu bertanya dengan senyuman. “Is there a grocery around here?” Lu membalas dengan pertanyaannya. Kemudian, gadis itu turut membawa Lu mendatangi gerai milik ibu bapanya dan mencadangkan Lu cuba mi segera buatan Indonesia setelah diberitahu pendatang baru ini guru TCFL dari China. Oleh sebab baru datang ke Indonesia dan belum sempat menukar wang tempatan, Lu tidak mempunyai wang rupiah sebagai bayaran kepada gadis itu. Pada saat yang memalukan itu, si gadis yang bernama Ani terus menyatakan mi segera itu boleh dihadiahkan kepada Lu, kerana dia suka guru. 

Ani sememangnya berumur 13 tahun pada masa itu. Dia sebagai anak bungsu dalam keluarganya, mempunyai seorang kakak yang bertugas dalam sebuah syarikat China di Jakarta selepas tamat pengajian dalam universiti. Dalam tempoh beberapa tahun kemudian, kakaknya bukan sahaja boleh fasih bertutur bahasa Mandarin malah berpeluang melawat sejumlah tempat di China. Ani sangat iri hati dan juga ingin bekerja dalam syarikat China seperti kakaknya, dan berpeluang mengunjungi China pada suatu hari kelak.

Namun, jarang ada guru dari China bertugas di Sumantera Utara yang terpencil, dan penganjuran kelas Bahasa Mandarin dalam sekolahnya selalu berputu-putus. Alhamdulillah, kali ini mereka mendapat puan Lu yang bersedia memikul misi guru sukarelawan di kampung halamannya.

Sejak itulah, puan Lu mula mengajar bahasa Mandarin di setiap pelosok sekolah, dengan mengambil cara yang hidup dan mudah faham, dan beliau turut menjadi guru yang paling popular dalam sekolahnya. Seterusnya, tempoh perkhidmatan Lu dipanjangkan dari setahun ke dua tahun, lalu dari dua tahun ke tiga tahun. Dalam tempoh perkhidmatan Lu selama tiga tahun, Ani berjaya lulus dalam pertandingan “Jambatan Bahasa Mandarin” Sumantera Utara dan melayakkan diri beraksi dalam pertandingan akhir peringkat kebangsaan Indonesia yang diadakan di Jakarta.

Dengan dibantu dan ditemani guru Lu, Ani lulus dalam peperiksaan tulisan dan lisan serta atur acara berceramah dan pertunjukan bakat kesenian, dan akhirnya menduduki tempat ketiga dalam pertandingan akhir peringkat kebangsaan Indonesia.

Tiga tahun berlalu, dan tibalah masa untuk puan Lu pulang ke China. Pencapaian terbesar yang dikecapinya bukan penyelesaian tugasnya mengajar lebih 1,000 kanak-kanak menguasai bahasa Mandarin dan mengenali China, tetapi semangat gigih yang dipupuk dan benih persahabatan yang ditanam sepanjang pertukaran kebudayaan. Sudah jelaslah kita yang mempunyai latar belakang kebudayaan yang berbeza boleh juga menjadi kawan dan melakukan perbualan sebebas-bebasnya.

Tiga tahun lagi berlalu setelah puan Lu pulang ke kampung halamannya. Pada masa itu, wabak COVID-19 melanda pelbagai negara di dunia. Pada suatu hari, sekolah yang Lu bekerja itu menerima satu tugas daripada kerajaan, iaitu memilih sukerelawan yang berpengalaman untuk mengiringi satu kumpulan pakar dan doktor yang akan bertolak ke Indonesia. Puan Lu segera memohon dan mendaftar untuk menjalankan tugas itu. 

Tiga minggu kemudian, puan Lu yang mendatangi Indonesia sekali lagi dapat berjumpa dengan pelajarnya, Ani yang kelihatan sibuk bekerja sebagai sukarelawan untuk membantu menyelaraskan urusan perubatan antara pasukan China dengan agensi tempatan.

Sebelum ini yakni tiga tahun yang lalu, Ani sudah pun memulakan pengajiannya dalam universiti dan permohonannya sebagai pelajar asing untuk Biasiswa Kerajaan China baru diluluskan seminggu yang lalu. Ani sangat gembira kerana nanti boleh dapat banyak peluang bertemu dengan guru Lu dan kedua-dua mereka boleh bersama-sama melakukan kunjungan di China. Namun, dia tidak menjangka bahawa guru Lu memohon lagi untuk bertolak ke Afrika dan kemungkinan besar permohonan itu akan diluluskan cepat.

Jauh di mata, dekat di hati. Di Sumatera, Indonesia, ada Tasik Toba, sedangkan di Xinjiang, China, ada Tasik Bosten. Kedua-dua ‘mutiara biru’ yang setimbal yang berada di bawah langit yang sama ini, bolehlah diibaratkan sebagai ikatan persahabatan yang murni dan berkekalan.

曹捷