Saranan China Suntik Keyakinan kepada Dunia

2021-09-30 13:40:05  CRI
Share with:

China sekali lagi mengetengahkan saranan kepada dunia yang sedang berada di persimpangan sejarah.

Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Zhang Jun dalam sesi taklimat pada Selasa, berkata China komited menyumbang kepada pembangunan bersama global.

Inisiatif Pembangunan Sejagat saranan Presiden Xi Jinping menumpukan kepada rejuvenasi pasca wabak, serta pembangunan mampan untuk generasi akan datang.

Diajukan semasa sesi ke-76 Perhimpunan Agung PBB(UNGA), inisiatif tersebut berkisar pada usaha sama memerangi pandemik COVID-19, pemulihan ekonomi, perkembangan hubungan antarabangsa dan penambahbaikan tadbir urus global.

Seperti yang diumumkan Presiden Xi, China komited untuk membekalkan dua bilion dos kepada dunia sepanjang tahun ini.

Selain menyumbangkan USD100 juta (RM418 juta) kepada Pelan Peruntukan Vaksin COVID-19 (COVAX), negara Tembok Besar itu berjanji akan berkongsi 100 juta dos lagi kepada negara-negara membangun tahun ini.

Zhang menyifatkan langkah-langkah tersebut menyuntik keyakinan kepada dunia untuk menewaskan pandemik COVID-19.

梁靓