Barangan Bantuan Kecemasan dari China Tiba di Kabul

2021-09-30 14:23:08  CRI
Share with:

Barangan Bantuan Kecemasan dari China Tiba di Kabul_fororder_yz3

Sekumpulan barangan bantuan kecemasan yang dihulurkan kerajaan China kepada Afghanistan tiba di Lapangan Antarabangsa Kabul, malam tadi.

Upacara penyerahan barangan tersebut disaksikan oleh Pemangku Menteri Hal Ehwal Pelarian kerajaan sementara Afghanistan, Khalil al-Rahman Haqqani dan Duta Besar China ke negara itu, Wang Yu.

Pada upacara tersebut, Wang menyatakan bahawa tatkala kerajaan sementara Afghanistan sedang berusaha memulihkan ketenteraman awam, iaitu waktu getir yang amat memerlukan sokongan dan bantuan masyarakat antarabangsa, China sebagai jiran baik sentiasa memberikan perhatian kepada keperluan rakyat Afghanistan.

Untuk rekod, pemimpin China yang turut serta dalam beberapa mesyuarat tentang mekanisme pelbagai hala mengenai isu Afghanistan mutakhir ini mengumumkan dan menyeru berulang kali agar masyarakat antarabangsa membekalkan bantuan kemanusiaan kepada Afghanistan.

Barangan Bantuan Kecemasan dari China Tiba di Kabul_fororder_yz

Pada pusingan kali ini, China tidak berlengah untuk menghantar barangan termasuk selimut dan baju tebal yang amat diperlukan rakyat Afghanistan pada musim sejuk meskipun mengalami pelbagai kesulitan.

Sementara itu, Khalil dalam ucapannya turut menzahirkan penghargaan kepada China atas bantuan kecemasan kepada negaranya pada waktu genting ketika ini.

Menurutnya, Afghanistan sedang menghadapi kesukaran luar biasa dalam bidang ekonomi dan kehidupan rakyat, yang amat memerlukan bantuan melibatkan pelbagai bidang daripada masyarakat antarabangsa.

Justeru kata Khalil, Afghanistan juga akan memegang janjinya terhadap negara jiran dan masyarakat antarabangsa.

Pada masa sama, beliau juga menggesa agar aset Afghanistan di luar negara yang dibekukan oleh Amerika Syarikat dan negara lain untuk segera dilepaskan demi kesejahteraan rakyatnya.

Barangan Bantuan Kecemasan dari China Tiba di Kabul_fororder_yz2

高蕾