Isu Xinjiang: Keadilan Pasti Kalahkan Dusta

2021-09-30 15:22:33  CRI
Share with:

Klise kuasa anti-China dari Barat yang tidak selaras dengan fakta, melanggar undang-undang serta prinsip moral, kata jurucakap kerajaan wilayah Xinjiang, Xu Guixiang.

Xu menyifatkan dusta berkaitan isu Xinjiang sebagai provokasi serius terhadap tamadun masyarakat manusia, dengan menegaskan keadilan pasti akan mengalahkan dusta dan penipuan.

Beliau berkata demikian dalam sidang media pada Rabu, sebagai reaksi terhadap "pameran foto Xinjiang" yang direka-reka kuasa anti-China dari Barat termasuk Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.

Tegas beliau,  wujudnya konspirasi di sebalik tingkah laku negara berkenaan yang berniat mengganggu kemakmuran dan kestabilan Xinjiang serta mengekang pembangunan China.

Menurut Xu, sejak penghujung 2018, sebanyak 150 rombongan melibatkan lebih 2,000 orang dari 100 negara dan wilayah, termasuk pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), diplomat asing dan wakil sekretariat Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), menjejak kaki ke Xinjiang untuk melihat sendiri keadaan sebenar di wilayah itu.

梁靓