Sengaja Sekat Negara Lain, AS Dikritik Hebat

2021-09-30 11:08:35  CRI
Share with:

Beijing menyifatkan gelaran “the United States of Sanctions” sebagai amat sesuai untuk Amerika Syarikat (AS).

Jurucakap Kementerian Luar, Hua Chunying berkata demikian kepada media di Beijing pada Rabu, sebagai reaksi terhadap ulasan seorang sarjana AS bahawa negara itu sudah berubah menjadi “the United States of Sanctions”.

Akhir-akhir ini, sebuah artikel tulisan Daniel Drezner, felo kanan Institusi Brookings yang diterbitkan oleh Foreign Policy berbunyi, kerajaan AS menyalahgunakan paksaan ekonomi dan modus operandi secara kekerasan.

Profesor dari Universiti Tufts itu mengkritik pemerintah menjadikan sekatan sebagai penyelesaian utama bagi mengendalikan hal ehwal luar negeri.

Beliau mencela tindakan itu tidak berkesan sama sekali, malah mengundang bencana kemanusiaan.

Untuk itu, Hua berkata, sejak sekian lama, AS kerap bertindak sepihak secara membuli untuk mengenakan sekatan jangka panjang ke atas Cuba, Republik Rakyat Demokratik Korea, Iran dan Venezuela, sementara sengaja menindas perusahaan teknologi tinggi negara lain atas nama keselamatan negara.

Hua turut mengecam tingkah laku AS berkenaan bukan sahaja menjejaskan kedaulatan dan keselamatan negara lain, malah juga mengganggu rantai perindustrian dan bekalan global.

董筱娉