Wang Yi Utus Tahniah Ulang Tahun Ke-30 China, Brunei

2021-09-30 15:22:10  CRI
Share with:

Beijing bersedia bersama Bandar Seri Begawan untuk melaksanakan pelbagai konsensus yang dicapai pemimpin dua negara dan melonjakkan perkongsian strategik yang terjalin China dan Brunei Darussalam ke tahap lebih tinggi.

Demikian ujar ahli Dewan Negara China merangkap Menteri Luar, Wang Yi dalam perutusan tahniah kepada Menteri Luar II Brunei, Erywan Mohd Yusof sempena sambutan ulang tahun ke-30 hubungan kedua-dua negara.

Wang berkata, sejak tiga dekad lalu, hubungan China-Brunei kekal utuh dengan persahabatan sejati dan hasil kerjasama memuaskan, hingga membawa manfaat kepada rakyat dan juga menyumbang kepada kemakmuran dan kestabilan rantau.

董筱娉