Xi, Sultan Brunei Saling Ucap Tahniah Ulang Tahun Ke-30 Jalinan Diplomatik

2021-09-30 14:44:30  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping dan Sultan Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah hari ini saling mengutus kawat tahniah sempena ulang tahun ke-30 hubungan diplomatik kedua-dua negara.

Xi dalam perutusan tahniah itu berkata, hubungan China-Brunei menyaksikan perkembangan yang sihat dan pesat dalam tempoh tiga dekad lalu, sementara kesalingpercayaan politik dan kerjasama dalam pelbagai bidang terus diperkasakan.

Kedua-dua negara mengekalkan penyelarasan yang rapat dalam urusan serantau dan antarabangsa, sekali gus menjadi teladan kepada hubungan sama rata dan saling untung antara negara besar dan kecil.

Beliau turut menzahirkan hasrat untuk bersama-sama Sultan Brunei mempertingkat komunikasi strategik, mengintensifkan kerjasama dalam usaha melawan pandemik serta Inisitatif Jalur dan Laluan (BRI) bagi memajukan lagi perkongsian strategik China-Brunei.

Sultan Hassanal Bolkiah merakamkan ucapan terima kasih atas sokongan dan bantuan China kepada usaha Brunei menangani wabak COVID-19.

Baginda turut menzahirkan kesediaan untuk memperdalam perkongsian strategik dengan China demi manfaat rakyat kedua-dua negara.

董筱娉