Majlis Resepsi Ulang Tahun ke-72 Republik Rakyat China

2021-10-01 14:35:15  CRI
Share with:

Majlis Resepsi Ulang Tahun ke-72 Republik Rakyat China_fororder_1127922815_16330171962921n

Majlis resepsi telah diadakan di Beijing semalam untuk menyambut ulang tahun ke-72 Republik Rakyat China. Pemimpin Parti dan kerajaan China termasuk Presiden Xi Jinping serta hampir 500 orang tokoh terkemuka dari dalam dan luar negara menghadiri majlis resepsi tersebut.

Majlis Resepsi Ulang Tahun ke-72 Republik Rakyat China_fororder_1127922825_16330184541471n

Perdana Menteri China, Li Keqiang dalam ucapannya menyatakan ulang tahun ke-100 Parti Komunis China (PKC) telah disambut meriah pada tahun ini. Di bawah pimpinan PKC, China dapat mengecapi kecemerlangan dalam pembangunan tanah air yang mengagumkan dunia, terutamanya merealisasikan matlamat 'Seratus Tahun' yang pertama, iaitu berjaya membangunkan masyarakat makmur sederhana secara menyeluruh, sekali gus memulakan kemaraan baharu dalam pembangunan negara sosialis yang moden.

Tegas beliau, China akan terus mengintensifkan pembaharuan, meningkatkan tahap keterbukaan secara sistematik, dan menerokai lebih banyak bidang kerjasama yang saling untung dan menang-menang.

Li berkata, China akan terus melaksanakan dasar “Satu Negara, Dua Sistem”, “Hong Kong ditadbir orang Hong Kong”, “Macau ditadbir orang Macau” dan autonomi yang bertaraf tinggi supaya mendorong kemajuan dan pembangunan Hong Kong dan Macau serentak dengan Tanah Besar. Sementara itu, pembangunan kedamaian kedua-dua pantai Selat Taiwan dan penyatuan tanah air akan terus dipergiatkan.

张宪