China Lunas Bayaran Perlindungan Keamanan PBB

2021-10-01 14:41:11  CRI
Share with:

China selesai melunaskan semua pembayaran bagi 12 misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), umum wakil tetap China di PBB menerusi kenyataan media pada Khamis.

"Sebagai negara membangun terbesar dunia, anggota Majlis Keselamatan PBB, dan negara kedua terbesar yang menyumbang terhadap  pentaksiran keamanan PBB, China sentiasa memenuhi tanggungjawab kewangan tepat pada waktunya dengan jumlah yang penuh serta tidak bersyarat," jelas kenyataan itu.

Memetik kenyataan tersebut, meskipun sedang berlaku penularan wabak COVID-19 dan peningkatan konflik di beberapa rantau yang turut memberi impak kepada PBB, namun China masih mampu melunaskan pembayaran misi pengaman PBB dan sekali gus memperlihatkan sokongan kuat China terhadap usaha PBB dan amalan multilateralisme.

Untuk rekod, tahun ini merupakan ulang tahun ke-50 keanggotaan Republik Rakyat China di PBB dan China sentiasa bertindak sebagai pembina keamanan sedunia, penyumbang pembangunan global, penjaga aturan antarabangsa dan pengeluar produk awam.

Pada masa sama, Inisiatif Pembangunan Global dikemukakan Presiden China, Xi Jinping dalam perbahasan umum perhimpunan PBB menunjukkan wujudnya harapan bersama-sama masyarakat antarabanga terutama negara-negara membangun.

China bersedia menyediakan peluang sejagat yang baharu melalui pembangunan baharu China supaya memberi daya motivasi baharu demi pelaksanaan Agenda Pembangunan Berterusan 2030 PBB.

张宪