China Akan Lancarkan Satelit Penyelidik Solar

2021-10-01 13:57:12  CRI
Share with:

Satelit penyelidik solar pertama China akan dilancarkan pada bulan ini selepas ia membuat kemunculan di Muzium Aeroangkasa sempena Pameran Penerbangan dan Aeroangkasa Antarabangsa China (CIAAE) ke-13 yang sedang berlangsung di Zhuhai.

Menurut Shanghai Academy of Spaceflight Technology (SAST), dengan pelancaran satelit tersebut, ia sekali gus menandakan bahawa China akan memasuki era baharu dalam penyelidikan solar.

Sebagai sebuah satelit percubaan sains dan teknologi, ia akan berfungsi untuk mencerap matahari dan seterusnya menentusahkan rangkaian teknologi kunci yang menyekat pembangunan penerbangan angkasa lepas, agar mendorong perkembangan teknologi berkenaan.

Satelit pertama dijadualkan dilancarkan pada pertengahan bulan ini, dan dijangka beroperasi di orbit yang selari dengan matahari sejauh 517 kilometer dari bumi.

Difahamkan bahawa satelit terbabit akan menyediakan data pencerapan berhubung fizik dan atmosfera matahari menerusi teleskop yang digunakan.

Satelit yang dijangka berfungsi tiga tahun itu akan membekalkan data pencerapan kepada pasukan saintis di dalam dan luar negara.

高蕾