Li Keqiang Ramah Mesra dengan Pakar Asing

2021-10-01 15:25:51  CRI
Share with:

Li Keqiang Ramah Mesra dengan Pakar Asing_fororder_kq

Sesi ramah mesra telah diadakan Perdana Menteri China, Li Keqiang dengan pemenang Hadiah Persahabatan tajaan kerajaan China semalam.

Li mengiktiraf sumbangan golongan pakar asing dalam pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka, pembangunan domestik dan pertukaran dengan luar, selain mengucapkan salam yang tulus ikhlas kepada semua pakar asing yang bekerja di China serta keluarga mereka, dan sahabat antarabangsa yang mengendahkan dan menyokong pembangunan China.

Beliau berkata, China akan giat memperdalam kerjasama antarabangsa dalam inovasi teknologi, melibatkan diri dalam jaringan inovatif global, menggalakkan pertukaran antarabangsa dalam bidang teknologi, sumber manusia dan projek, dan menyokong pengajian saintis pelbagai negara yang menyasarkan cabaran bersama global.

Li menambah, China akan memperluas saluran menarik sumber manusia serta menyempurnakan sistem permit kerja dan visa untuk bakat unggul, agar memudahkan pekerjaan dan kehidupan pakar asing di China.

Menurut maklumat lain, pakar warga Rusia, Konstantin Shchepin dan pakar warga Perancis, Yves Mouillet yang bertugas dalam Kumpulan Media China (CMG) masing-masing memenang Hadiah tersebut bagi tahun 2020 dan tahun 2021.

高蕾