Upacara Perasmian Balai China dalam Ekspo Sedunia UAE 2020

2021-10-02 14:40:57  CRI
Share with:

Upacara Perasmian Balai China dalam Ekspo Sedunia UAE 2020_fororder_1127924758_16330889071911n

Ekspo Sedunia Amiriah Arab Bersatu (UAE) 2020 telah dirasmikan di Dubai semalam,  dan upacara perasmian Balai China “Cahaya Tionghoa” pula diadakan pada hari yang sama.

Upacara Perasmian Balai China dalam Ekspo Sedunia UAE 2020_fororder_1127925053_16331012790671n

Ketua Wakil Balai China yang juga Naib Pengerusi Majlis Promosi Perdagangan Antarabangsa China (CCPIT), Zhang Shenfeng memperkenalkan bahawa Balai China yang bertemakan “membina komuniti berkongsi nasib sesama insan—inovasi dan peluang” tersebut,  dilengkapi pameran yang menunjukkan pencapaian China dalam bidang teknologi inovatif termasuk alat peninjau “Chang’e-5”, sistem pandu arah satelit Beidou, kereta konsep untuk masa kelak dan robot pintar.

Upacara Perasmian Balai China dalam Ekspo Sedunia UAE 2020_fororder_1127925053_16331012790241n

Upacara Perasmian Balai China dalam Ekspo Sedunia UAE 2020_fororder_1127925053_16331012792891n

Ketua Setiausaha Biro Pameran Antarabangsa (BIE), Dimitri S. Kerkentzes dalam ucapannya menyatakan penglibatan China dalam Ekspo Sedunia UAE ini untuk mempamerkan pencapaiannya dalam pelbagai aspek dijangka akan menjalinkan hubungan baharu antara China dengan dunia di samping mendorong interaksi kebudayaan umat manusia.

Upacara Perasmian Balai China dalam Ekspo Sedunia UAE 2020_fororder_1127925053_16331012791961n

Balai China yang seluas 4,636 meter persegi antara balai asing yang terbesar dalam ekspo kali ini. Empat zon pameran di bawah kendalian Balai China, iaitu “impian yang sama”, “bumi yang sama”, “kampung halaman yang sama” dan “masa depan yang sama” berfungsi mempamerkan pencapaian pembangunan negara ini dalam bidang teknologi maklumat, pengangkutan moden, AI, kehidupan pintar dan penerokaan angkasa lepas. Antaranya sistem pandu arah satelit Beidou, kabin pemandu simulasi kereta api kelajuan tinggi, kereta yang berkuasa tenaga alternatif tanpa pemandu, penanaman padi dengan air laut, robot UBTECH, tayangan filem “Qihang” dan persembahan cahaya lampu-lampu waktu malam dijangka akan mencuri perhatian ramai pengunjung dalam eskpo kali ini.

张宪