Media Utama AS yang Fitnah China Dikritik Wartawan

2021-10-02 15:27:49  CRI
Share with:

Media utama Amerika Syarikat (AS) termasuk CNN dan majalah The Atlantic dikritik bahawa mereka sengaja menyebarkan "kebocoran koronavirus baharu daripada makmal" untuk mengelirukan khalayak ramai, walaupun virus berkenaan sudah dibuktikan berasal dari alam sekitar.

Demikian dinyatakan pengarang terkenal Amerika Syarikat (AS) merangkap pemenang Hadiah Akhbar Pulitzer, Michael Hiltzik dalam karangannya yang diterbitkan Harian Los Angeles Times baru-baru ini.

Beliau berkata, sebagai pseudosains yang tipikal, 'kebocoran koronavirus baharu dari makmal China' sebenarnya merupakan sebahagian kempen propaganda era Donald Trump yang bertujuan mencoret arang pada muka China.

Hiltzik mendedahkan perbuatan keji itu dengan mengambil contoh dari dokumentari CNN "Merungkai Asal Usul COVID-19" yang disiarkan pada 19 September. Katanya, mereka yang menyokong 'asal usul COVID-19 bermula dari alam sekitar' adalah pakar virus, manakala mereka yang menggembar-gemburkan 'kebocoran dari makmal' tidak mempunyai sebarang pengalaman mengenai pengajian virus, meskipun mempunyai gelaran sebagai penyelidik perubatan. Jelaslah liputan berkenaan menyembunyikan satu kebenaran bahawa para ahli virus beranggapan 'berasal dari haiwan' berkemungkinan jauh lebih besar daripada 'terbocor dari makmal'.

高蕾