Sekolah Vokasional Gwadar Pakistan Siap Dibina

2021-10-03 15:03:53  CRI
Share with:

Sekolah Vokasional Gwadar Pakistan Siap Dibina_fororder_1127926510_16331741813821n (1)

Upacara penyelesaian pembinaan Sekolah Vokasional Gwadar Pakistan telah diadakan pada 1 Oktober lalu. Projek tersebut dijalankan oleh China sebagai bantuan kepada Pakistan.

Pengerusi Biro Hal Ehwal Pelabuhan Gwadar, Kashani dalam upacara perasmiannya telah mengucapkan terima kasih atas bantuan China. Beliau menyatakan Pakistan mendapat manfaat besar daripada pembinaan sumber tenaga dan infrastruktur sepanjang pelaksanaan projek Koridor China-Pakistan. Pihaknya akan bersungguh-sungguh menggunakan kemudahan tersebut untuk menyediakan latihan kemahiran terhadap penduduk tempatan.

Duta Besar China di negara itu, Nong Rong dalam upacara tersebut menyatakan menerusi video bahawa penyelesaian projek sekolah itu merupakan satu tonggak jarak dalam pembinaan Koridor China-Pakistan. Dengan adanya sekolah tersebut, sekurang-kurangnya seribu orang dapat menerima latihan kemahiran pada setiap tahun sehingga dapat menyumbang kepada usaha memupuk modal insan tempatan yang berkemahiran tinggi.

Sekolah Vokasional Gwadar Pakistan Siap Dibina_fororder_1127926510_16331741813491n

Sekolah Vokasional Gwadar yang mempunyai keluasan bangunan lebih 7,500 meter persegi  yang merangkumi gedung pengajaran, gedung pejabat pentadbiran, bengkel praktik, dewan pelbagai fungsi dan asrama untuk pelajar serta pensyarah, merupakan salah satu projek yang mempunyai kaitan besar dengan hidup rakyat dalam projek Koridor China-Pakistan.

张宪