Perayaan Ulang Tahun Ke-72 PRC di Hong Kong

2021-10-03 15:04:07  CRI
Share with:

Perayaan Ulang Tahun Ke-72 PRC di Hong Kong_fororder_hk4

Kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong telah mengadakan upacara naik bendera kebangsaan, majlis resepsi dan persembahan kelmarin, bagi merayakan hari kebangsaan pertama setelah sistem pemilihan disempurnakan.

Perayaan Ulang Tahun Ke-72 PRC di Hong Kong_fororder_hk5

Perayaan Ulang Tahun Ke-72 PRC di Hong Kong_fororder_hk2

Menurut ulasan akhbar Takungpao, semakin ramai penduduk Hong Kong mengiktiraf identiti mereka sebagai orang China, dan negara China sebagai sandaran yang boleh dipercayai. Mereka juga yakin, langkah kerajaan pusat yang bertujuan menyejahterakan rakyat membolehkan setiap penduduk Hong Kong dapat menikmati kehidupan yang lebih baik, dan perayaan hari kebangsaan dalam suasana meriah mencerminkan masa depan 'mutiara timur' ini akan menjadi lebih cemerlang.

Perayaan Ulang Tahun Ke-72 PRC di Hong Kong_fororder_hk

Akhbar Harian Komersial Hong Kong pula mengulas, wilayah itu terperangkap dalam keadaan serba salah pada beberapa tahun kebelakangan ini, iaitu mengalami pergolakan masyarakat yang tidak pernah berlaku. Berkat perhatian dan tindakan pantas yang dilaksanakan oleh kerajaan pusat, Hong Kong barulah dapat menghentikan pergolakan, memulihkan pentadbiran berdasarkan tindakan pengemaskinian, dan kemudian bersiap memulakan kemaraan yang baharu.

Perayaan Ulang Tahun Ke-72 PRC di Hong Kong_fororder_hk3

高蕾