Xinjiang Tingkatkan Bekalan Elektrik Dalam Pasaran Domestik

2021-10-03 14:16:58  CRI
Share with:

Menurut maklumat terkini Syarikat Tenaga Elektrik Xinjiang, sebagai salah satu pangkalan sumber tenaga komprehensif di China, Xinjiang telah berjaya membantu beberapa provinsi lain mengatasi kekurangan bekalan elektrik, dengan meningkatnya  bekalan tenaga elektrik sebanyak 22.4% dalam pasaran domestik melalui empat saluran pada tiga suku pertama tahun ini, iaitu menokok  93.5 bilion kilowatt-jam.

Xinjiang telah meningkatkan transmisi tenaga elektrik secara berterusan ke luar wilayah pada tahun ini yang dilihat berfaedah bagi menjamin kestabilan pembekalan elektrik di seluruh negara. Pada suku tahun ketiga, Xinjiang telah menambah 46 transaksi elektrik dengan provinsi lain, untuk mewujudkan peningkatan bekalan elektrik 13.9 bilion kilowatt-jam di kawasan bahagian timur dan tengah China.

Pada bulan September, disebabkan pembekalan elektrik yang dijana daripada arang batu berkurangan dan permintaan terhadap tenaga elektrik meningkat cepat, terdapat bebebarpa provinsi yang menghadapi masalah kekurangan bekalan elektrik. Sehubungan itu, Xinjiang turut meningkatkan penyelarasan dalam penghantaran tenaga elektrik, manakala meningkatkan jumlah transaksi dalam pasaran domestik, dengan tujuannya membantu memenuhi keperluan di kawasan terbabit tepat pada waktunya.

Xinjiang juga menjalankan penganalisisan mengenai keseimbangan dalam pembekalan tenaga elektrik menurut perubahan cuaca dan kapasiti pengeluaran serta bersama dengan provinsi-provinsi di kawasan barat laut saling menyokong dalam bidang pembekalan tenaga elekrtik demi memastikan bekalan elektrik untuk kegunaan hidup rakyat, industri dan jabatan utama terjamin. 

曹捷